Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang...